Periksa keserasian anda berdua. Jika anda tick lebih dari 10 maka, dia adalah insan terbaik patut anda kahwini tahun ini!
- Dia seorang yang rajin dan sentiasa bekerja keras, namun anda tetap menjadi keutamaannya. Sekiranya anda merancang ke acara penting, si dia akan mencari jalan untuk menyelesaikan kerjanya, sama seperti yang akan anda lakukan untuknya. Dia berasa selesa menjadi plus-one anda walau dalam apa jua majlis yang dihadiri anda berdua.
- Anda merasa selesa merancang perkara enam bulan lagi, atau setahun ataupun pelan masa depan. Anda langsung tiada rasa bimbang untuk membatalkan mana-mana tiket kapal terbang atau tidak pernah membayangkan yang anda tidak memerlukan plus-one. Anda sentiasa yakin dengan hubungan anda dan pasangan.
- Si dia selalu memujimu. Sekiranya anda dinaikkan pangkat di tempat kerja atau hanya memenangi tiket konsert, dia tidak akan menahan diri untuk memberitahu semua orang. Kerana dalam diam, dia adalah peminat terbesar anda.
- Dia merancang aktiviti kegemaranmu dan pastikan anda enjoy. Dia tidak bergantung harap pada anda untuk menguruskan segala-galanya. Dia sentiasa ingat hobi dan kesukaan anda terus merancang sesuatu aktiviti yang pasti membuat anda gembira.
5. Dia tidak akan cuba mengubah siapa anda. Dia tahu ini akan memburukkan perhubungan. Jika anda bukan jenis yang sukakan kucing peliharaan, dan tidak boleh memasak, semua itu bukan alasan untuk dia tidak kahwini anda.
6. He’s your go-to person. Setiap kali ada cerita untuk dikongsi, mengenai hal pejabat, tentang bff, atau apa sahaja. Anda sudah biasa memberitahu keluarga dan rakan anda tentang semua perkara ini, tetapi sekarang anda berasa selesa bercerita tentang kehidupan bersama pasangan.
7. Apabila bff merungut tentang teman lelaki mereka, anda merasa tenang kerana anda punya pasangan yang memahami dan penyayang. Bukan niat untuk berlagak, tetapi anda tidak perlu berurusan dengan perkara yang memeningkan itu kerana ia bagaikan tidak pernah berlaku dalam hidupmu.
8. Walaupun setelah bertahun bersama, si dia masih melakukan perkara yang sweet untuk anda. Si dia tau anda akan senyum sampai ke telinga apabila dia membuka pintu kereta, datenight di restoran kegemaran anda, atau sediakan sandal di dalam kereta takut-takut kaki anda sakit setelah seharian memakai kasut tumit tinggi. Oh-so-sweet!
10. Anda percaya dia boleh menolong anda. Ini mungkin kelihatan kecil, tetapi seorang lelaki yang boleh mengambil barang, bayar bil, hantar baju ke dobi tanpa mengeluh amat sukar untuk dicari zaman moden ini. Jika dia adalah orangnya, anda sangat bertuah!
11. Dia berdedikasi untuk berjaya dan dalam masa yang sama sering mendorong kejayaanmu juga. Dia melihat perkembangan dalam kerjaya sebagai kekuatan bersama. Setiap hubungan cinta yang sihat memerlukan kemampuan untuk berkembang dan berubah bersama-sama. Dedikasi sebelah pihak dan pasangan yang positif adakalanya menjadi pendorong untuk memajukan diri.
12. Travel bersama tanpa bertengkar sepanjang masa. Pasti anda sering melihat pasangan bertengkar di airport ataupun ketika memilih tempat makan malam. Walaupun kadang kala rasa menyampah menebal bila terpaksa menunggu penerbangan 18 jam yang ditunda semalaman di lapangan terbang, tetapi anda berdua tahu itu bukan the end of the world dan akan berusaha menyelesaikannya sebagai satu team.
13. Dia sentiasa berkorban untukmu dan anda tidak pernah ragu-ragu untuk melakukan perkara yang sama untuknya. Dia meninggalkan negerinya dan tinggal berdekatan dengan anda sekiranya anda mendapat pekerjaan baru. Jika sampai begitu sekali cintanya padamu, anda perlu merancang perkahwinan dengan kadar segera. Si dia nampak sudah benar-benar sedia!
14. Dia rapat dengan keluarga anda, dan dia juga akan pastikan yang keluarganya sayang padamu. Dia akan berborak dan sering call bapa atau nenek anda tanpa ragu-ragu. Sangat masuk akal bila hanya ada anda di parti ulang tahun anak buahnya, walaupun dia tidak dapat hadir sama. Begitu akrab hubungan kekeluargaan antara keluarga anda dan keluarganya.
15. Apabila anda berfikir untuk kahwini si dia, dia pula berpendapat yang terbaik bukanlah perkahwinan tetapi idea untuk menghabiskan hidup bersama. Perkahwinan itu menyeronokkan, tetapi si dia sering beritahu yang dia sudah tidak sabar untuk menghabiskan kehidupan seterusnya bersama anda dan anak-anak yang bakal hadir dalam hidupnya.