10. Susah Untuk Berbaik Apabila Bergaduh
Bergaduh tu perkara yang biasa. Tetapi pasangan yang serius akan cuba sedaya-upaya untuk sama-sama menyelesaikan masalah tersebut dan dari situ jugalah anda sebenarnya boleh mengenali pasangan anda dengan lebih baik. Pergaduhan yang berpanjangan boleh merosakkan hubungan, lebih-lebih lagi jika ia tidak diakhiri dengan baik. Contohnya, bila jumpa buat tak tahu macam tak ada apa-apa yang berlaku walaupun dah gaduh besar semalam. Kita perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam perhubungan toksik yang menyakitkan hati dan menyeksa mental.