5. Tidak Mahu Bercakap Tentang Masa Depan Bersama Anda
Si dia selalu memberi alasan atau mengelak setiap kali perbincangan tentang masa depan diutarakan, samada si dia terus menukar topik atau mengatakan malas untuk memikirkan tentangnya. Ia sebenarnya memberi tanda bahawa si dia tidak bersedia atau tidak mahu memberikan komitmen dalam perhubungan. Alasan untuk tidak memberi komitmen atau menyatakan kenyataan yang seumpamanya memberi maksud si dia sudah tetapkan suatu sempadan perhubungan yang akan menjejaskan hubungan itu di masa akan datang.