6. Merahsiakan Hubungan Daripada Orang Sekeliling
Apabila sedang bercinta, si dia pasti akan memberitahu orang sekeliling tentang seorang pasangan yang dianggap serius, sekurang-kurangnya kepada salah seorang ahli keluarganya ataupun rakan-rakannya. Oleh itu, jika si dia merahsiakan kewujudan anda dan masih tidak membawa kita berjumpa keluarga atau rakan-rakannya, itu mungkin tanda-tanda si dia tidak serius dengan perhubungan tersebut. Dalam masa yang sama, dia juga mungkin enggan datang berjumpa dengan ahli keluarga kita atau tak mahu mengambil tahu pun tentang ahli keluarga kita.