8. Tidak Ada Perasaan Cemburu
Orang tua-tua kata cemburu itu tanda sayang. Benda ini ada betulnya juga. Kalau si dia tak langsung merasa cemburu ketika anda bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya, sudah pasti dia tidak mempunyai perasaan terhadapmu! Walaupun dia mungkin hanya berdiam, kita boleh rasa apabila dia cemburu. Tapi kalau dia langsung tak ambil pusing dan tak kisah langsung, maka itu mungkin tanda lelaki tak serius dalam hubungan dengan kita. Malah, jika si dia meminta kita memperkenalkannya kepada kawan-kawan perempuan kita, mungkin dia sangat selesa dengan kita sehingga tidak ada rasa cemburu yang akan membawa anda ke satu perhubungan istimewa.