Resort ini dikelilingi dengan laguna yang cukup cantik dan persisiran pantai pasir putih yang panjang. Ia hanyalah satu-satunya resort di pulau Meerufenfushi, North Male’ Atoll. Meeru mempunyai panjang sejauh 1200 meter dan 350 meter lebar yang mana bersamaan dengan 32 hektar. Anda boleh dapat harga serendah RM1058 untuk satu malam di sini untuk pilihan penginapan, Jacuzzi Water Villa.