Resort mewah ini mengambil masa 35 minit penerbangan dari Ibrahim Nasir International Airport. Ia mempunyai pelbagai jenis penginapan termasuklah villa atas air. Yang menariknya lagi, pengunjung turut berpeluang untuk menikmati santapan di restoran dasar laut Hurawalhi Maldives. Harga untuk menginap di villa atas air di sini serendah RM1,191 untuk dua orang buat satu malam.