Ia dibina di sebuah kepulauan privasi di pantai bersih Lhaviyani Atoll di Maldives. Resort mewah ini khas untuk golongan dewasa sahaja. Villa atas air di Hurawalhi sememangnya menjanjikan pemandangan paling indah di kepulauan itu. Selain villa atas air, pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di hotel di tepi pantai berhadapan laut biru. Harga penginapan di villa atas air di sini boleh didapati serendah RM1,735 untuk satu malam.