Resort lima bintang ini dapat memberikan pengalaman percutian mewah buat anda dengan dikelilingi lautan biru. Ia mempunyai pelbagai jenis kamar yang menjanjikan ketenangan dan keselesaan sepanjang percutian anda di sini. Setiap kamar mempunyai keunikan tersendiri. Jika anda ingin merealisasikan impian bercuti di atas air bak pasangan Hairul dan Hanis, boleh pilih villa atas air mereka yang berharga serendah RM1,602 untuk satu malam.