Ia terletak di pantai bersih Thelu Veliga, South Ari Atoll, lebih kurang 90km arah barat daya dari ibu negara, Malé. Pengunjung boleh ke sini menaiki kapal terbang air selama 35 minit perjalanan dari Malé International Airport. Boleh kata lokasi percutian ini menjadi pilihan ramai kerana harganya yang cukup berpatutan dengan apa yang dijanjikan. Untuk villa atas air, ia berharga serendah RM1,516 untuk satu malam.