Bosan atau tiada idea untuk rekaan kad jemputan ke majlis perkahwinan anda nanti? EH! kongsikan 10 jenis kad kahwin yang unik boleh anda jadikan inspirasi.
Kadang-kadang, sekecil kad kahwin sekalipun jika ia dihasilkan dengan unik dan berguna, pastinya orang akan hargainya dan simpan buat kenangan.
Sesetengah pasangan mahukan kelainan dari segi kad undangan tetamu ke majlis hari bahagia mereka. Dunia berubah, zaman pun dah maju, jadi idea pun pastinya yang terbaru.
Kad jemputan perkahwinan tidak semestinya perlukan satu rekaan yang tipikal setiap masa. Mungkin dengan jenis kad kahwin yang EH! singkap ini boleh bantu anda cetus idea untuk buat kad undangan tetamu untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda itu nanti.