Nak tengok Final FIFA World Cup 2026 dengan Big Screen sambil merasai kemeriahan seperti berada di stadium?
Demam bola sepak kini berada di kemuncaknya apabila Final FIFA World Cup 2026 bakal berlangsung pada 20 Julai 2026 (waktu Malaysia), menyaksikan pertembungan dua gergasi Eropah dan Amerika Selatan, Sepanyol menentang Argentina dalam aksi penentuan juara dunia.
Perlawanan yang akan berlangsung di MetLife Stadium, New Jersey, Amerika Syarikat ini turut menjadi penutup edisi bersejarah Piala Dunia pertama yang melibatkan 48 pasukan dan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Sepanyol vs Argentina… saingan sengit!
Sepanyol melangkah ke pentas final selepas menewaskan Perancis 2-0 di separuh akhir menerusi aksi mantap yang membuktikan mereka kembali sebagai antara kuasa besar bola sepak dunia. Sementara itu, juara bertahan Argentina pula mencipta kebangkitan dramatik apabila menewaskan England 2-1, sekali gus mengesahkan tempat mereka ke final buat dua edisi berturut-turut.

Pertembungan ini dijangka menjadi antara final paling dinanti-nantikan, dengan Argentina memburu kejuaraan dunia berturut-turut, manakala Sepanyol mengimpikan trofi Piala Dunia kedua sejak kejayaan mereka pada tahun 2010.

Selain dipenuhi barisan pemain bertaraf dunia, perlawanan ini turut menjadi tumpuan peminat kerana berpotensi menjadi penampilan terakhir Lionel Messi di pentas Piala Dunia.
EH! senaraikan 15 lokasi Big Screen terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor untuk anda menikmati aksi kemuncak ini bersama rakan-rakan dan penyokong bola sepak yang lain.
Baca: Senarai Pemain Bola Sepak Paling Banyak ‘Followed’ Di Dunia















