Rindunya mahu keluar outdoor date tanpa berasa gusar dan takut dijangkiti covid 19…
Bak kata akaun malaysia.truly.asia yang sering memberi semangat positif kepada semua pengikutnya, #dreamnowtravellater ataupun #plannowtraveltravel sangat memberi impak kepada semua traveller yang sering merancang percutian ataupun aktiviti outdoor setiap bulan.
Untuk pasangan bercinta, pasti anda naik lemas duduk saja di rumah atau layan facetime tak henti-henti. Pasti terdetik di hati untuk keluar date seperti sebelum kedatangan koronavirus, kan?
Ya, temu janji di luar memberi momen indah sekaligus mencipta memori dan pengalaman baru. Apa kata kita rancang dahulu temu janji seterusnya, ada kalanya berjalan berdua tanpa melakukan apa-apa lebih seronok berbanding duduk di rumah dan netflix & chill.
Now, let’s be realistic! Jangan lupa topeng muka dan ikuti SOPs yang diberikan ya?
- Hiking? Kalau anda sudah lama bersama, EH! galakkan kamu mencuba aktiviti ini bersama si dia. Jangan lakukan aktiviti ini bersama untuk first-date ya melainkan kamu dan dia punya minat yang sama
- Jika anda dan pasangan merupakan gym junkie, saranan kami pastilah lakukan latihan HIIT bersama-sama. Pasang video YouTube dan habiskan satu jam dengan mengeluarkan peluh sihat bersama.
- Kalau anda gemar berjogging, rancang temu janji di taman tasik dan buat pusingan larian bersama.
- Kalau sudah penat berlari, bentangkan tikar dan nikmati sandwich yang kamu bekalkan dari rumah. Oh-so-romantic!
- Rindukan Disneyland? Malaysia pun ada! Rancang perjalananmu ke taman hiburan terdekat dan enjoy!
- Buat senarai playlist kamu dan pasangan di Spotify dan mainkan di dalam kereta sambil memandu.
- Berhenti makan petang di kafe-kafe yang punya dekorasi instagram worthy, rakam gambar bersama sambil makan roti bakar atau croissant kegemaramu!
- Parkir kereta di atas bukit semata-mata untuk melihat matahari terbenam atau terbit.
- Sudah menjadi gaya hidup terkini, ramai orang kini gemar berbasikal. Jom, playing tourist dan berbasikal di sekitar kawasan tempat tinggal anda dan berpura-pura seperti pelancong. Berhenti di kedai-kedai menarik perhatian untuk rakam momen anda berdua.
- Cuba berkemah bersama teman-teman. Nyalakan api sendiri dengan kayu.
- Selepas itu, bolehlah bakar daging BBQ atau adakan steamboat night beramai-ramai.
- Tonton konsert secara langsung. Banyak laman web yang boleh anda layari untuk anda tonton konsert secara percuma.
- Belajar tarian TikTok bersama-sama. Tarian #couplegoals menjadi viral dan diikuti ramai!
- Shopping? Walaupun hanya window shopping, why not right?
- Apa kata anda ke restoran atau kafe hopping sambil berborak tidak ingat dunia, bagaikan tiada hari esok? This is another fun activity for your list!
Artikel berkaitan: Peraturan Janji Temu atau Date Pertama