Ia terkenal sebagai sebuah bandar yang paling romantik di India. Udaipur mempunyai pelbagai istana mewah yang seolah-olah terapung di atas beberapa tasik buatan di bandar ini. Taj Palace di Tasik Pichola (gambar di atas) telah dibina pada abad ke-18 dan telah bertukar menjadi sebuah hotel mewah lima bintang.