Terletak di sebuah batu besar, anda perlu merentasi lautan air untuk tiba di The Rock Restaurant. Sama ada tunggu kala air laut surut atau pun gunakan kemudahan bot. Tetapi sekali anda nikmati hidangan ikan segar di tengah-tengah lautan India dengan pemandangan matahari terbenam di sini, anda pasti akan rasakan yang ia sangat berbaloi.