Memperkenalkan koleksi TWO L(I)PS prebiotik yang baru. Terdiri daripada lima produk keperluan – Rinse, Scrubbs, Juice, Sleepover dan Screen. Diformulasikan untuk melengkapkan kulit anda dengan nutrien yang diperlukan agar kulit vulva dan wajahmu tampil segar.
Dua tahun lalu, saya diperkenalkan dengan koleksi dari TWO L(I)PS dan sehingga kini saya masih peminat no.1 jenama penjagaan kulit ini. Pada mulanya saya bersikap agak skeptikal untuk mencuba produk one-of-a-kind daripada TWO L(I)PS, apatah lagi ia dikategorikan di bawah penjagaan kulit yang boleh digunakan pada bahagian intim. Umum mengetahui, bahagian ini adalah sangat sensitif dan jika salah produknya ia boleh mengakibatkan kemudaratan. Walaupun produk TWO L(I)PS dikembangkan khas untuk ‘lady bits’ (iaitu kulit yang paling halus di badan), saya sekerasnya mengkaji secara detail agar ia terbukti selamat. Ia diformulasikan tanpa sulfat dan paraben serta diuji secara dermatologi dan ginekologi. Lebih menarik, ia berfungsi sama hebatnya pada vulva dan wajahmu!
Kini, pembersihan yang mendalam telah menjadi suatu kebiasaan kala kita meneruskan kehidupan dengan norma baru dan berhadapan dengan virus Covid-19. Ini boleh menyingkirkan bakteria ‘baik’ lalu menyebabkan mikrobioma kita sering terganggu dan tidak seimbang. Apabila ini berlaku, perlindungan pada kulit menjadi lemah, menjadi mudah terdedah kepada tekanan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, sambil mempercepatkan penuaan kulit.
Koleksi prebiotik TWO L(I)PS terbaru dirumus secara khusus untuk kekal di antara tahap pH 4 – 6, yang merupakan tahap pH optimum yang diperlukan untuk kulit pada bahagian vulva dan wajahmu agar makin segar. Kompleks prebiotik eksklusif dalam koleksi ini menyuburkan mikrobioma dengan ‘makanan’ yang diperlukan untuk membantu bakteria baik berkembang, menyokong fungsi perlindungan yang sihat, dan menjaga kulit agar ia dalam keadaan yang paling sihat.
“Semasa saya merancang koleksi prebiotik ini, saya ingin membentuk produk yang ‘bioavailable’ (cekap diserap oleh kulit dan menghasilkan kesan aktif) dengan mempertimbangkan kesihatan mikrobioma kulit halus. Tujuan saya adalah untuk menyediakan barisan produk yang sesuai untuk vulva dan wajah, suatu koleksi yang akan mengembalikan dan mengimbangi semua kulit kepada tahap yang paling sihat,”
Cynthia Chua, pengasas TWO L(I)PS.
Ciri-ciri Utama Barisan Prebiotik:
- Menggalakkan kulit yang sihat dan cerah dengan membolehkan mikrobioma kulit seimbang dan kepelbagaian.
- Menguatkan fungsi perlindungan kulit, mempertahankannya dari kerengsaan dan penuaan pramatang.
- Memperkuatkan daya tahan kulit terhadap sensitiviti, tekanan oksidatif dan bahan radikal bebas yang mencemarkan.
- Diformulasikan antara pH 4 – 6, yang merupakan tahap optimum untuk kulit yang sihat, pada bahagian vulva dan wajahmu!
Artikel berkaitan: Jennifer Aniston Berkongsi Rahsia Kecantikan Rambut, LolaVie