KOLEKSI TWO L(I)PS PREBIOTIK
RINSE, pembersih prebiotik yang lembut (RM120)
Lembut namun beraksi membersihkan tanpa mengganggu keseimbangan semula jadi kulit – keseimbangan mikrobioma kulit yang halus, memastikan kulit tidak dibiarkan kering atau tegang. Asid Laktik dan Saccharide Isomerate melicinkan dan menghidrat permukaan kulit. (Nilai pH: 4.15)
SCRUBBS, scrub Konjac Jelly (RM170)
Biji-bijian Konjac Jelly terbiodegradasi dan serbuk batu Zaitun ‘Non-GMO’ (dihasilkan tanpa perubahan genetik) menghilangkan kotoran permukaan dengan lembut tanpa merosakkan kulit. Formulasi ini selamat dan tidak akan menjejaskan kehidupan laut. (Nilai pH: 5.07)
JUICE, balsam (body balm) prebiotik (RM190)
Squalane yang berasal dari tebu, Trehalose yang berasal dari tumbuhan dan Shea Butter yang menyembuhkan – semuanya bergabung untuk membentuk balsam badan yang nyaman, menegang dan menghaluskan kulit. (Nilai pH: 5.9)
SLEEPOVER, masker malam yang memulihkan (RM230)
Masker tanpa bilas ini hadir dengan ekstrak Daun Zaitun dan Saccharide Isomerate membekalkan pelembapan dan khasiat mendalam sehingga 72 jam untuk memperbaiki dan memulihkan. (Nilai pH: 4.55)
SCREEN, pelindung sinar yang menyempurnakan liang kulit (RM170)
Dengan gabungan penjagaan kulit dalam pelindung sinar, Niacinamide membawa ciri antioksidan dan boleh menyempurnakan liang kulit, serta Sodium Hyaluronate memberi lapisan kelembapan berganda untuk memastikan penggunaan yang selesa sepanjang hari. (Nilai pH: 5.64)
Koleksi Prebiotik TWO L(I)PS kini disediakan melalui laman rasmi STRIP: Ministry of Waxing di Shopee Mall (https://shopee.com.my/stripmalaysia), Lazada Mall (https://www.lazada.com.my/shop/strip-ministry-of-waxing/) dan juga di semua stor STRIP.