Sebelum kita merancang lokasi bercuti untuk tahun ini, mungkin patut lihat semula destinasi di dunia yang menerima kunjungan pelancong paling tinggi pada tahun lalu, agar percutian anda tahun ini lebih tenang seperti yang kita impikan.
Senarai destinasi ini dikongsikan oleh Mastercard yang mengeluarkan Global Destination Cities Index tahunan, yang mana ia mengukur kenaikan dan penuruan kadar pelancongan di antara 162 buah bandar di dunia.
Carta ini mengukur bilangan pelancong dan belanja untuk meramal peningkatan kunjungan pelancongan ke bandar ini pada tahun 2018. Tahun lalu menunjukkan yang Bangkok kekal di tangga teratas dari tahun 2017, yang mana tidak terkejut kerana peningkatan projek-projek besar di bandar itu sebanyak 9.6 peratus untuk tahun 2018.
Sementara itu, Dubai muncul sebagai destinasi di mana pelancong banyak berbelanja di situ, yang mana kadar anggaran seorang pelancong menghabiskan sekitar USD537 sehari di bandar Timur Tengah itu.
Lihat senarai penuh 20 buah negara yang menerima kunjungan pelancong paling tinggi pada tahun lalu di bawah.