Putera George sememangnya kanak-kanak kerabat di-raja yang terkenal di dunia, namun bukan dia seorang sahaja putera raja di dunia.
Hakikatnya terdapat 24 orang kanak-kanak monarki di seluruh dunia ini merujuk pada laporan Washington Post dan ini bermakna ada ramai lagi kanak-kanak, bayi dan remaja datang dari kerabat Di-raja yang akan menjadi perhatian dunia sepanjang mereka membesar dan kemudiannya memegang takhta negara masing-masing.
Di sini EH! himpunkan kanak-kanak kerabat Di-raja dunia yang pastinya akan memerintah pada satu hari nanti.