Soalan yang bakal anda ajukan harus bersifat terbuka. Pastikan jawapanya tidak seringkas “ya” atau “tidak.” Dorong pasangan anda untuk berfikir secara terbuka dengan memberi perspektif luar biasa dari pengalaman silamnya.
Mengenali luar dan dalam tentang pasangan bukanlah satu perkara yang mudah malah sukar dilakukan dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa dan kesabaran. Namun, mengenali seseorang (apatah lagi pasangan) pada tahap yang lebih peribadi juga tidak memerlukan terlalu banyak masa. Ia jadi lebih mudah bila anda berjaya bertanya soalan yang tepat untuk lebih mengenali hati budi dan personaliti pasanganmu.
Oleh itu, EH! sediakan soalan-soalan padu dan bijak untuk ditanyakan kepada seseorang ataupun pasangan bila anda benar-benar ingin mengenali mereka. Sambil menyelam minum air, kami selitkan juga beberapa soalan sensitif untuk disoal, manalah tahu si dia mahu menjawabnya!
BACA: 10 Respon Selebriti kepada soalan ‘Mengapa Anda Masih Single?’