Jika anda pelari sejati, pasti anda tidak pernah ketinggalan larian-larian yang menarik ini, namun bagi anda yang baru berjinak-jinak jom daftar acara larian yang mesti disertai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Jika anda pelari sejati, pasti anda tidak pernah ketinggalan larian-larian yang menarik ini, namun bagi anda yang baru berjinak-jinak jom daftar acara larian yang mesti disertai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
Bromo Marathon
Tarikh: 1 Oktober 2017
Sejak 2013, lebih 1,600 pelari dan 5,000 penonton dari lebih 40 buah negara berkumpul di desa kecil di pergunungan Tosari dan Ngadiwono setiap tahun. Untuk apa? Sudah tentu untuk menyertai perlumbaan larian Bromo Marathon sambil menikmati pemandangan gunung Bromo yang indah ini. Apa yang menjadikan larian ini lebih bermakna adalah, ia diperkenalkan khusus untuk meningkatkan tahap pendidikan di wilayah Tengger, Indonesia.
BIZNET Pasuruan Bromo Marathon bukanlah perlumbaan larian biasa, ia merupakan satu usaha bersama komuniti menjalankan acara demi meningkatkan tahap pendidikan, kesihatan dan ekonomi penduduk berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan berhampiran. Selain itu, BIZNET Pasuruan Bromo Marathon bukan saja menyediakan laluan yang cantik dan mencabar kepada para peserta, malah membuatkan mereka mengalami kehidupan kampung serta budaya Tengger yang unik dalam usaha menggalakkan interaksi antara budaya dan keharmonian melalui kesefahaman.
Klik link ini untuk mendaftar https://bromomarathon.com/registration
Input your search keywords and press Enter.