Jika anda pelari sejati, pasti anda tidak pernah ketinggalan larian-larian yang menarik ini, namun bagi anda yang baru berjinak-jinak jom daftar acara larian yang mesti disertai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Jika anda pelari sejati, pasti anda tidak pernah ketinggalan larian-larian yang menarik ini, namun bagi anda yang baru berjinak-jinak jom daftar acara larian yang mesti disertai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
Penang Bridge International marathon
Tarikh: 26 November 2017
Pulau Pinang, bandar kedua terbesar di Malaysia merupakan hos kepada Penang Bridge International Marathon (PBIM) yang tidak asing lagi. Acara ini dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Pembangunan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang dan disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penang Bridge International Marathon (PBIM) merupakan acara yang dinanti-nantikan sejak pengenalannya pada tahun 1986.
Ia diadakan di Jambatan Pulau Pinang yang ikonik yang menghubungkan Seberang Pulau dan Balik Pulau. PBIM merupakan acara sukan terbesar di pulau mutiara ini yang disertai oleh ribuan para peserta larian jalanan. Empat kategori disediakan dalam PBIM iaitu Maraton Penuh 42 km untuk Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Veteran Lelaki dan Veteran Wanita; Separuh Maraton 21 km (Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita); 10 km Terbuka (Lelaki dan Wanita); 10 km (Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan); dan 8km Larian Bebas.
Klik ini untuk mendaftar https://system.penangmarathon.gov.my/register/
Input your search keywords and press Enter.