Sesetengah orang kurang bernasib baik kerana alahan yang dihadapi oleh mereka. Alahan kepada ubat-ubatan, habuk atau makanan laut merupakan sesuatu yang biasa. Namun begitu jangan sesekali merasakan diri anda kurang bernasib baik. Ada orang yang jauh lebih malang kerana mempunyai alahan kepada barangan kegunaan harian.
TEMUJANJI JIMAT TETAPI BERMAKNA >>
Seluar dalam
Getah di pinggang atau bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan sesetengah fabrik membuatkan seseorang mengalami alahan kepada seluar dalam. Kulit mereka akan merasa gatal-gatal, ruam timbul dan luka-luka akibat memakai sesetengah seluar dalam. Oleh sebab itu, wujudnya pakaian dalam hypoallergenic khas untuk mereka yang mempunyai alahan ini.
DIET BUAH-BUAHAN PENYEBAB KULIT KERING? >>
Duit
Kami tidak bergurau okey dan ini bukanlah metafora. Memang ada orang yang mempunyai alahan terhadap duit atau barangan yang diperbuat daripada nikel. Setelah menyentuh duit, ia akan membuatkan kulit gatal-gatal, lebam atau menjadi kering seperti kesan terbakar. 6 peratus daripada lelaki dan 10 peratus daripada wanita mempunyai alahan ini kerana sistem imun mereka mengesan nikel sebagai musuh kulit.
SALAHKAH WANITA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA? >>
Telefon Bimbit
Alahan terhadap telefon bimbit berpunca daripada reaksi negatif terhadap radiasi dan gelombang mikro yang dihasilkan oleh telefon itu sendiri. Selari dengan keakraban generasi sekarang dengan teknologi, kita menjadi semakin rapat dengan elektromagnet dan bagi mereka yang mempunyai alahan akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan kemerah-merahan. Perisai radiasi untuk telefon bimbit dicipta untuk mengurangkan kesan radiasi daripada telefon kepada penggunanya. Namun cara yang lebih berkesan untuk mereka yang mempunyai alahan ini adalah dengan tidak menggunakan telefon bimbit langsung.