Heavenly Spa by Westin di The Westin Desaru Coast Resort
Desaru Coast yang terletak di tenggara negeri Johor Darul Ta’zim kini menjadi destinasi pelancongan lokal terhangat hari ini. Selain menawarkan aktiviti buat seisi keluarga, is turut sama menjadi destinasi pilihan untuk mendapatkan rawatan spa yang holisitik. Di The Westin Desaru Coast Resort, Heavenly Spa by Westin cukup sempurna untuk mempermudakan minda, diri dan juga jiwa untuk membangkitkan deria dan merehatkan fikiran.
Dengan tujuh buah ruang rawatan yang tersedia, Heavenly Spa by Westin akan menumpukan kepada kesejahteraan dan kecergasan diri dan minda melalui Heavenly Spa Signature Massage dan Urutan Malaysia yang akan memastikan pengunjung berasa penuh relaks. Pilihan spa-cation “Find Time To Relax” pula dilengkapi dengan sarapan pagi untuk dua orang dan tiga pilihan rawatan spa iaitu Urutan Malaysia (60 minit), Muscle Release ataupun Golfer’s Massage selama 60 minit.
Baca lebih lanjut: 7 Pasangan K-Drama Yang Bertemu Cinta Dalam Keadaan Yang Tidak Disangka