Aplikasi cari jodoh untuk membantu lelaki dan wanita Muslim membina hidup berkeluarga sudah tiba di Malaysia
Pernah anda dengar aplikasi mencari jodoh yang mudah, selamat, dan selesa? Hawaya, aplikasi mencari jodoh dari Mesir yang diambil dari perkataan “Hawa”, yang membawa maksud “Cinta” dalam bahasa Arab kini sudah tiba di Malaysia.
Sebagai platform mencari jodoh, Hawaya bertujuan untuk memperkasa umat Islam yang belum berpasangan untuk disamping menghormati budaya dan tradisi agama Islam. Sesuai buat anda yang beragama Islam dan menekankan ilmu agama dan adat melayu.
Antara fungsi lain yang disediakan aplikasi cari jodoh ini termasuklah:
- ‘Blur Option’: Pengguna wanita mempunyai pilihan untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa menghubungi.
- ‘Exclusive Mode’: Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif. Melalui ‘exclusive mode’, pengguna mempunyai peluang untuk memberi tumpuan, berkenalan, dan berbual dengan lebih mendalam dengan hanya satu orang pada satu-satu masa.
- Dengan niat untuk bina hubungan yang jujur, aplikasi ini juga membantu pengguna dengan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan yang diperibadikan untuk membantu pengguna memulakan langkah pertama.
Untuk membantu anda mencari pasangan yang tepat untuk membina hidup bersama, aplikasi ini memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai program #sisterinhearts dengan tujuan memudahkan perbincangan mengenai pencarian cinta dan pasangan yang tepat di dunia moden ini, sambil memberikan tumpuan utama kepada nila-nilai tradisi Islam dan adat Melayu serta menghormatinya.
Berminat? Ini lah masanya untuk anda mencuba aplikasi mencari jodoh seumpama ini hari ini.
Artikel berkenaan: 6 Rahsia Di Sebalik Perhubungan Kate Middleton Dan Putera William