Berlangsung di Los Angeles, Anugerah Akademi ke-93 telah berlangsung cukup berbeza dengan menyaksikan beberapa kejutan dan sejarah tercipta selepas senarai pemenang diumumkan.
Majlis Anugerah Akademi ke-93 telah berlangsung di dua lokasi berbeza tahun ini. Union Station Los Angeles dan Dolby Theatre telah menjadi saksi kepada beberapa kejutan, serta sejarah baharu yang tercipta.
Seperti yang dijangkakan, ‘Nomadland’ mengungguli senarai pemenang dengan kemenangan dalam tiga kategori utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Chloe Zhao, dan juga Aktres Terbaik buat Frances McDormand. Manakala filem ‘Ma Rainey’s Back Bottom’ menang kategori Desain Kostum terbaik dan kategori Solekan dan Dandanan Terbaik.
Berikut adalah 3 kejutan dan sejarah baharu yang tercipta pada Anugerah Akademi 2021:
1. Youn Yuh-Jung Menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Selepas ‘Parasite’, filem Korea terus mencipta kejutan di Oscar 2021. Dan tahun ini, Youn Yuh-Jung telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem ‘Minari’. Pelakon berusia73 tahun dari Korea Selatan itu menjadi wanita berbangsa Asia kedua dan wanita Korea pertama memenangi kategori lakonan dalam sejarah Anugerah Akademi.
Dia telah menerima trofi daripada Brad Pitt. Sebelum ini, dia telah memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah BAFTA dan Screen Actor Guild.
Youn Yuh-Jung mengalahkan Maria Bakalova (Borat Subsequent Movie Film), Olivia Colman (The Father), Amanda Seyfried (Mank), dan Glenn Close (Hillbilly Elegy).