Siapa yang tidak sukakan ayam goreng? Chicken Tenders, gabungan kulit yang rangup dengan isi ayam yang lembut dan berjus sering membuatkan hidangan ini menjadi pilihan ramai.
Fenomena chicken tenders, makanan ayam segera yang kian popular semakin mendapat tempat, dengan pelbagai kafe berlumba-lumba untuk menawarkan versi terbaik mereka.
Diperbuat daripada bahagian ayam tanpa tulang, adalah antara makanan yang paling digemari kerana ia mudah dinikmati, bersaiz kecil dan penuh dengan rasa yang memikat. Disajikan dengan pelbagai jenis sos dan disertai dengan hidangan sampingan yang enak, setiap gigitan ayam goreng ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Setiap lokasi mempunyai keistimewaan tersendiri, menjadikan pengalaman mencuba chicken tenders lebih menarik. EHxperience kongsikan 3 lokasi yang wajib anda cuba:
1. Pretty’s Hot Chicken
Terkenal dengan gabungan rasa pedas yang memikat dan tekstur ayam ranggup yang sempurna, Pretty’s Hot Chicken, menawarkan 3 hidangan pilihan chicken tenders iaitu:
- Ala Carte (1 Ketul) – RM5
- 3 Pcs Meal (Disertai minuman berkarbonat, kentang goreng & sos pilihan) – RM19.90
- 5 Pcs Meal (Disertai minuman berkarbonat, kentang goreng & sos pilihan) – RM28.90
Restoran ini juga terkenal dengan pilihan tahap kepedasan yang pelbagai, dari rasa Ori yang ringan sehingga tahap “Hell Hot” untuk mereka yang berani mencabar citarasa. Anda boleh memilih tahap pedas yang sesuai dengan selera dan mencelup ayam goreng dalam Pretty Sauce (sos cawan) berharga RM18.
Lokasi: Uptown Damansara & Setapak
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 tengah hari sehingga 10.00 malam)
2. FOWLBOYS
Apa yang membezakan Chicken Tenders FOWLBOYS daripada yang lain adalah tekstur kulitnya yang sempurna. Gabungan adunan tepung khas dengan rempah ratus memberikan lapisan luar yang rangup, manakala isi ayam di dalamnya kekal lembut dan juicy. Setiap gigitan pasti meninggalkan rasa puas yang sukar dilupakan.
Chicken Tenders di FOWLBOYS sering disajikan bersama pelbagai pilihan sos, termasuk sos klasik seperti Garlic Mayo, Chicken Gravy, Buffalo Sauce, Cluck Sauce atau pilihan khas seperti Ranch. Hidangan 4 ketul ayam goreng ini juga menawarkan pilihan tahap kepedasan yang pelbagai, dari rasa Neat yang ringan sehingga tahap “Xtra Hot”.
Lokasi: Hartamas & Subang Jaya SS15
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 tengah hari sehingga 10.00 malam)
3. Hot Bird
Di Hot Bird, hidangan ini mendapat tempat istimewa di hati pelanggan kerana keunikan rasanya yang tersendiri. Dengan pelbagai pilihan kepedasan dan menu makanan lain, tidak hairanlah chicken tenders di sini sering menjadi bualan ramai.
Hidangan ini dihidangkan panas-panas bersama pelbagai pilihan sos celupan seperti Ranch, Smokey BBQ yang kaya dengan rasa berasap, Southern Gravy, Come Back, Garlic Mayo dan Tangy Buffalo.
- Ala Carte (1 Ketul) – RM7
- 3 Pcs Meal (Disertai minuman berkarbonat, kentang goreng & coleslaw) – RM25.90
- 5 Pcs Meal (Disertai minuman berkarbonat, kentang goreng & coleslaw) – RM35.90
Lokasi: 83 Ground Floor, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 tengah hari sehingga 09.30 malam)
Baca : #EHTOP25 Dayang Nurfaizah