Tiramisu, pencuci mulut ikonik dari Itali, mencuri perhatian penggemar manisan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Tiramisu, pencuci mulut pilihan ramai kerana gabungan rasa kopi yang beraroma, keju mascarpone yang lembut dan lapisan biskut savoiardi yang direndam dalam espresso kini menjadi makanan fomo yang patut dicuba.
Di Lembah Klang, terdapat pelbagai kafe dan restoran yang menawarkan tiramisu dengan sentuhan unik masing-masing. Dari tiramisu klasik yang kekal dengan resepi tradisional hingga variasi moden yang kreatif, pencarian untuk tiramisu terbaik di kawasan ini menjanjikan pengalaman pencuci mulut yang mengasyikkan.
EH! bawa anda mengembara ke beberapa lokasi yang menawarkan The Best Tiramisu, memuaskan citarasa para pencinta makanan manis.
1. Yellow Brick Road
Yellow Brick Road, sebuah kafe terkenal di Bukit Damansara, Lembah Klang, bukan sahaja dikenali kerana suasana yang santai dan makanan yang kreatif tetapi juga untuk pencuci mulutnya yang menggoda.
Tiramisu di Yellow Brick Road mengekalkan keaslian rasa klasik Itali, namun disempurnakan dengan sentuhan unik mereka sendiri. Setiap lapisan biskut savoiardi yang direndam dalam espresso berkualiti tinggi dipadankan dengan keju mascarpone yang lembut dan berkrim, memberikan tekstur yang harmoni dan rasa yang mendalam.
2. Addicted Dough
Menggunakan bahan premium seperti keju mascarpone yang lembut, espresso pekat, dan biskut savoiardi yang direndam dengan sempurna, kafe ini memastikan setiap lapisan memberikan rasa yang harmoni.
Harga RM12.50, Addicted Dough berlokasi di The Grind Floor, Taman Melawati dan Koka Lamo di Nilai. Sama ada untuk minum petang atau meraikan detik istimewa, tiramisu di Addicted Dough adalah pilihan yang tidak mengecewakan.
3. betta fetta
Apa yang menjadikan tiramisu mereka istimewa adalah lapisan biskut yang direndam sempurna, menghasilkan tekstur yang tidak terlalu lembap tetapi tetap memuaskan setiap gigitan. Resepi mereka turut mengekalkan keseimbangan rasa manis dan pahit, menjadikannya sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan manisan yang terlalu kuat.
Beberapa variasi perasa yang diperkenalkan termasuk tiramisu dengan perisa pistachio, mocha, salted caramel hazelnut dan matcha dalam saiz 4 sehingga 7 inci. Hidangan ini bukan sahaja memikat dari segi rasa, tetapi juga dari segi persembahan yang kemas dan menarik, menjadikannya pilihan sempurna untuk dikongsi di media sosial.