2. OTIGER STRAP
“Saat pertama kali melihat rekaan sandal ini, saya terus jatuh cinta dan terus menyarungnya. Sungguh selesa dan seperti berada di awangan kerana keempukan sandal ini!”
Penulis EH!, Farah Ain pula sukakan gaya unik dan fleksibel. Onitsuka Tiger ‘OTIGER STRAP’ mempunyai reka bentuk yang sederhana tetapi elegan. Ia menampilkan garis yang bersih dan struktur yang kemas, sesuai untuk mereka yang menggemari penampilan minimalis tetapi bergaya.
Ciri yang paling menonjol adalah tali sandalnya yang unik dan bergaya. Tali ini direka untuk memberikan kesesuaian yang tepat pada kaki, memastikan ia tetap selesa walaupun dipakai sepanjang hari.