3. Reebok Club C Revenge Women Lifestyle Shoes
Eqa, penulis EH! pula menyukai gaya muda dan segar. ‘Kasut Reebok Club C Revenge Women Lifestyle Shoes adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang mencari sneaker yang selesa, berkualiti dan gaya klasik yang tak lekang oleh waktu.”
Kasut ini sangat versatil dan boleh dipakai dalam pelbagai situasi, dari aktiviti harian, melepak bersama rakan-rakan, hingga ke acara santai. Warna neutral seperti putih dan hijau menjadikannya mudah untuk dicampur dan dipadankan dengan pelbagai pakaian.
Dilengkapi dengan logo Reebok dan perincian jalur di sisi kasut, menambah sentuhan retro yang tersendiri.
Bahagian dalam kasut dilapik dengan fabrik lembut, dan dilengkapi dengan insole lembut untuk memberikan keselesaan sepanjang hari. Tapak luar getah yang tahan lama juga memastikan cengkaman yang baik pada pelbagai permukaan.