Pengalaman Kamera Terbaik
Arahkan saja kamera pada subjek, potretkan, dan biarkan Galaxy S21 melakukan selebihnya – saya tidak perlu lagi risau terlepas untuk mengabadikan momen sebelum hilang. Saya dapat merakam detik istimewa seharian, movie night di malam hari, atau mendokumentasikan pemandangan spektakular kala di luar rumah tanpa halangan.
Snap 8K yang dipertingkatkan memudahkan saya mengambil gambar sejernih kristal dari rakaman video 8K, dan ia mampu merakam semua aksi secara langsung setiap kali menekan record. Bukan itu sahaja, saya dapat merakam apa jua video dengan kamera depan dan belakang sekaligus dengan Vlogger View, dan preview atau ubah sudut, zoom, dan banyak lagi dengan live thumbnails. Ia memudahkan kerjaya saya yang sering menghasilkan kandungan digital dari rumah!
Yang saya paling suka, Zoom Lock baru meminimalkan efek tangan gementar dan hasil gambar lebih jelas dengan zoom 30x di Galaxy S21 ditambah dengan kekuatan pemprosesan yang ditingkatkan agar dapat menghasilkan gambar yang cerah. Walaupun di dalam gelap saya dapat merakam pemandangan matahari terbenam dan langit yang indah.