2. Maksimakan Bunyi Speaker Anda
Adakalanya kita hanya mahu mendengar muzik dengan sekuat yang mungkin, bukan? Sama ada ketika memandu ataupun di dalam bilik mandi. Juga ketika menonton video, kita mahu kuatkan bunyi tetapi masih kurang jelas kedengaran walaupaun sudah sampai tahap paling tinggi. Sebenarnya, ada cara untuk menguatkan bunyi speaker iPhone anda dengan begitu mudah. Anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah sahaja dengan menukar pilihan EQ kepada Late Night.
Cara memaksimakan bunyi pembesar suara di iPhone: (Settings – Music – EQ – tekan pilihan Late Night)
Pastikan anda sedang memasang lagu ketika menukar fungsi ini untuk mendengar perbezaan bunyi nanti.