Shihlin Taiwan Street Snacks mahu anda menyerlahkan kreativiti pada minuman teh boba dengan menggunakan empat resipi hias atas kegemaran di rumah untuk eksplorasi rasa dan tekstur yang baharu.
Teh boba adalah minuman fenomena yang telah merentasi sempadan dunia dalam mewarnai budaya gastronomi hari ini. Ia bukan hanya minuman teh susu bersama bebola tapioka, teh boba kini hadir dalam variasi perisa, warna dan bentuk yang boleh diolah mengikut citarasa masing-masing. Dalam era media sosial ini, peminat boleh menyuntik kreativiti dengan resipi berbeza pada hias atas yang unik dan tersendiri.
Shihlin Taiwan Street Snacks mahu anda menyerlahkan kreativiti pada minuman teh boba dengan menggunakan empat resipi hias atas kegemaran di rumah untuk eksplorasi rasa dan tekstur yang baharu.
1. Puding Telur
Jika anda meminati minuman teh susu puding, anda boleh cuba untuk menghasilkan hias atas yang versatil ini. Mula dengan mencampurkan satu sudu kecil gelatin ke dalam mangkuk kecil yang berisi air, dan biarkan ia menyerap. Kemudian, panaskan ¾ cawan krim tebal dan masukkan ke dalam sebiji telur dan campuran gula. Campurkan air dan gelatin bersama campuran telur, dan biarkan di atas dapur. Apabila ia mula mengeras, tuangkan campuran ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk selama emat jam. Apabila sudah set, anda boleh masukkan puding telur ke dalam minuman boba anda nanti.
Baca lebih lanjut: 10 Must Watch di Netflix Julai Ini