4. Puri Strawberi

Buah strawberi juga cukup enak dijadikan sebgaai hias atas kepada minuman teh boba anda. Buat peminat strawberi, anda boleh menambahkan puri strawberi yang pasti menyuntik kesegaran pada tengah hari anda. Pertama, lenyekkan satu cawan strawberi segar menjadi puri dengan menggunakan garpu ataupun pengisar. Kemudian, campurkan dua sudu besar susu pekat ke dalam strawberi yang telah dilenyek, dan voila! Masukkan puri strawberi ke dalam minuman kegemaran anda sebagai hias atas yang menyelerakan.

Buat peminat teh boba, anda boleh mendapatkan Boba Drink Series di kedai Shihlin Taiwan Street Snacks terpilih. Jangan lupa untuk menyuntik kreativiti dengan menambahkan hias atas kegemaran di rumah nanti. Selamat mencuba!
Foto: Shihlin Taiwan Street Snacks
Baca lebih lanjut: “Filem ini sangat relatable dengan situasi pandemik yang melanda dunia sekarang.” – Shaheizy Sam Mengenai Filem Terbaharunya, Zombitopia