Pelik tapi benar. Anda sering rasa terangsang atau turn on selepas bertegang urat? Ini puncanya..
Jangan salahkan hormon sahaja kerana tiga alasan lain ini juga antara sebab anda sentiasa berdepan dengan situasi di atas. Bayangkan dalam keadaan marah terbit rasa ghairah secara tiba-tiba. Bila sedang babak tuduh menuduh berlaku, pitching masing-masing sudah sampai langit ke tujuh, perasaan pula bercampur baur namun saat itu jugalah anda berperang dengan perasaan turn on dan sekilas teringat pula adegan ‘panas’ dalam filem antarabangsa di mana penamat pergaduhan pastinya disudahi dengan kegembiraan.
Pernah teman saya bercerita, trik yang selalu dilakukannya setiap kali berselisih pendapat bersama pasangan bila sudah nampak gaya mahu bertengkar, segeralah guna trik bijak ini untuk tidak memanjangkan tempoh pertelingkahan. Cuba ajak pasangan berasmara. Bijak, kan? Bukan sahaja dapat menamatkan persengketan, malah dapat juga merapatkan lagi hubungan cinta anda berdua. Mahu tahu mengapa anda sering merasa turn on semasa atau sebaik selepas tamat berdebat, ini jawapannya…