EH! senaraikan 4 tip mudah untuk penjagaan kereta anda kala berada di rumah ketika PKP ini.
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi memaksa ramai untuk berada di rumah sepanjang masa. Dengan bantuan teknologi, anda tidak lagi perlu untuk mendapatkan keperluan harian seperti makanan, bahan dapur dan banyak lagi. Dan sudah pasti ramai yang tidak lagi menggunakan kenderaan sejak PKP ini.
Tidak boleh dinafikan, ramai wanita dan juga lelaki tidak berminat untuk mempelajari ilmu tentang penjagaan kereta dan automotif secara amnya. Oleh itu, EH! senaraikan 4 tip mudah penjagaan kereta anda di rumah ketika PKP ini:
1. Selenggara Enjin Kereta Secara Berkala
Enjin kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anda semasa memandu. Justeru itu, penyelenggaraan enjin kereta tidak boleh dipandang remeh bagi memastikan kereta anda berada dalam keadaan baik. Pastikan enjin kereta diperiksa dan diselenggara secara berkala. Jika kereta anda jarang digunakan dalam tempoh masa yang lama, anda disarankan untuk memanaskan enjin kereta sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 10 hingga 20 minit bagi memastikan komponen enjin terjaga dan berfungsi dengan baik.