3. Beri Tumpuan pada Brek dan Pad Brek
Pad brek berfungsi untuk mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan semasa berada di atas jalan raya. Pad brek yang berada dalam keadaan baik mampu menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang selain mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan atau perlanggaran dengan kenderaan lain. Secara umumnya, jangka masa untuk sesebuah pad brek bertahan bergantung pada cara dan jarak pemanduan.
Namun secara purata, pad brek boleh bertahan sehingga 80,000 kilometer. Kebiasaannya, tanda-tanda seperti bunyi yang kuat terhasil semasa membrek, kenderaan mengambil masa lebih lama untuk berhenti sepenuhnya merupakan antara tanda-tanda pad brek telah haus dan perlu ditukar dan digantikan dengan segera.