4. Maksimumkan Penjimatan Bahan Api
Cara paling mudah dan terbaik untuk memaksimumkan penjimatan bahan api adalah dengan mengubah tabiat pemanduan. Untuk menjimatkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan petrol, anda disarankan untuk memandu pada kelajuan sederhana dan tidak memecut laju. Elakkan daripada memandu dalam kelajuan tinggi dan menekan brek secara mendadak. Perbuatan sebegini boleh mengurangkan kecekapan bahan api kereta anda.
Jika anda sedang mencari kereta, kenderaan terpakai adalah salah satu alternatif terbaik yang boleh dipertimbangkan. Selain kos pemilikan yang lebih rendah, pembelian kereta terpakai juga membolehkan anda terikat dengan tempoh hutang yang lebih pendek berbanding memiliki kereta baharu. Selain itu, kadar susut nilai kereta terpakai juga dikatakan lebih perlahan berbanding kereta baharu. Layari Carsome.my untuk membuat pembelian kereta terpakai secara atas talian.
Foto: MINI Malaysia, BMW Malaysia, Volvo Car Malaysia dan Cycle & Carriage
Baca lebih lanjut: “Saya hilang 5 kilogram untuk watak Park Jae-eon,” – Song Kang melalui siri baharu, ‘Nevertheless’