Mulut berbau ketika berpuasa? Ikuti 4 tip ini untuk memastikan mulut kekal segar dan sihat sepanjang hari.
Sepanjang Ramadan, mempunyai mulut yang kering ketika berpuasa sudah menjadi kelaziman saban tahun. Mulut yang kering selalunya akan mengeluarkan bau yang kurang disenangi, dan adakalanya ia akan mengganggu tahap keyakinan diri seseorang. Jika anda mengalami masalah mulut berbau ketika berpuasa, terdapat beberapa cara mudah untuk anda ikuti dalam penjagaan mulut untuk kekal segar.
Walaupun dengan pemakaian pelitup muka ketika bekerja mahupun kala membeli juadah berbuka di bazar Ramadan, ia tidak bermakna anda tidak perlu lagi menjaga kesihatan mulut untuk memastikan ia bersih dan segar. Ikuti 4 tip ini untuk memastikan mulut kekal segar sepanjang hari: