Hujung minggu dah dekat, tapi masih tercari-cari cara untuk luangkan masa berkualiti dengan si dia?
Hujung minggu sering menjadi masa yang ditunggu-tunggu untuk melepaskan penat lelah sepanjang hari bekerja.
Bagi pasangan, ia juga peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan manis.
Inilah masanya untuk luangkan masa bersama, jom cuba 5 idea aktiviti romantis:
by dolce’s
Bayangkan seronoknya membuat kek tiramisu bersama, kemudian menghias pasu bunga sambil berbual mesra dan bergelak tawa. Tambahan bunga percuma menambah sentuhan manis pada pengalaman ini.
Apa yang termasuk?
- 1x Aktiviti membuat kek tiramisu
- 2x Aktiviti mewarna pasu bunga
- 2x Minuman pilihan
Ps, anda akan dapat sekuntum bunga percuma untuk pasangan yang membuat tempahan awal dan harga bermula dari RM199 sahaja.
Zo Craft
Kalau anda dan pasangan gemar aktiviti kreatif, Zo Craft menawarkan pengalaman unik iaitu membuat cincin perak berdua. Dalam sesi 2 jam ini, anda boleh rekabentuk dan buat sepasang silver rings bersama pasangan, mencipta simbol hubungan yang penuh makna.
Ia akan menjadi kenangan abadi yang boleh dipakai setiap hari, mengingatkan anda tentang hujung minggu romantis bersama. Tak ada yang lebih intim daripada mencipta sesuatu dengan tangan sendiri sambil bergurau dan berbual dengan si dia.
3. Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)
Bagi pasangan yang gemar suasana elegan dan tenang, kunjungi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) untuk menikmati persembahan muzik klasik. Hanya duduk berdua, merasai setiap nada dan getaran muzik, sambil saling memandang penuh pengertian, kadang-kadang, keintiman datang daripada diam yang berkualiti.
4. immersify KL
Kalau anda dan pasangan sukakan pengalaman yang lebih moden dan interaktif, Immersify KL adalah tempat yang tepat. Dengan pameran seni digital dan realiti maya, anda boleh menjelajah dunia imersif sambil bergurau, mencuba pengalaman unik, dan merakam gambar Instagram-worthy.
5. Skyline Luge
Bagi pasangan yang ingin aktiviti luar yang mengujakan, Skyline Luge menawarkan keseronokan yang pasti membuat adrenalin meningkat. Dari meluncur di laluan menyeronokkan hingga menikmati pemandangan indah, aktiviti ini sesuai untuk mereka yang suka pengalaman ‘adventure’ bersama pasangan.
Baca: Hari Kekasih : Filem Seksi, Hangat & Romantik Hujung Minggu










