5. Lee Eun Joo – Pelakon
Pelakon ini membunuh diri dengan cara memotong nadinya sendiri pada tahun 2005. Difahamkan Lee Eun Joo mengalami insomnia kerana rasa bersalah selepas melakukan adegan tanpa pakaian dalam filem yang dilakonkannya, The Scarlet Letter. Pelakon ini sempat menulis pesanan terakhir untuk keluarganya menggunakan darahnya sendiri. Kandungan surat tersebut menyatakan pemohonan maaf dan rasa sayangnya terhadap keluarga. Keluarga Lee Eun Joo menyalahkan beberapa pihak kerana membuatkan anak mereka mengalami tekanan dan kemurungan.