Penat kan overthinking?
Dalam hubungan, ada masanya kita terlalu banyak berfikir (0verthinking), seperti kenapa dia lambat balas mesej, betul ke dia masih sayang, atau adakah sesuatu yang berubah dalam hubungan?
Sedikit rasa risau itu normal, tetapi jika terlalu kerap overthinking, ia boleh membuatkan kita penat secara emosi dan tanpa sedar menjejaskan hubungan yang sedang dijalani.
Jadi, kalau anda sering terperangkap dalam fikiran sendiri dan mula memikirkan perkara yang belum tentu berlaku, mungkin sudah tiba masanya untuk belajar mengawal overthinking dalam relationship.
Stop overthinking! Ini 5 cara yang boleh membantu anda lebih tenang, yakin dan menikmati hubungan tanpa terlalu banyak andaian.

1. Bezakan fakta dengan andaian
Apabila mula overthinking, cuba tanya diri sendiri: “Ini memang berlaku atau saya hanya membuat andaian?” Jangan terus membuat kesimpulan hanya kerana pasangan lambat membalas mesej atau kelihatan sedikit berbeza daripada biasa.
2. Jangan terlalu banyak membaca antara baris
Tidak semua perubahan kecil mempunyai maksud tersembunyi. Emoji yang berbeza, mesej yang pendek atau balasan yang lambat tidak semestinya tanda pasangan sudah berubah hati. Beri ruang untuk perkara yang lebih munasabah sebelum membuat kesimpulan.

3. Berkomunikasi dengan pasangan
Daripada memendam dan membuat andaian sendiri, lebih baik luahkan apa yang anda rasa dengan cara yang tenang. Komunikasi yang jujur boleh membantu mengelakkan salah faham dan memberi anda kepastian yang diperlukan.

4. Alihkan perhatian kepada diri sendiri
Jangan biarkan hubungan menjadi satu-satunya perkara yang memenuhi fikiran anda. Luangkan masa untuk melakukan perkara yang anda suka, berjumpa kawan, fokus pada kerja atau menikmati hobi. Kehidupan yang seimbang boleh membantu mengurangkan kecenderungan untuk terlalu memikirkan pasangan.

5. Belajar untuk percaya dan lepaskan perkara di luar kawalan
Anda tidak boleh mengawal setiap tindakan, fikiran atau perasaan pasangan. Apa yang boleh anda kawal ialah cara anda bertindak balas. Belajar membina kepercayaan dalam hubungan dan menerima bahawa tidak semua perkara perlu diketahui atau diselesaikan pada masa yang sama.
