Jadi, betul ke dia curang?
Kalau persoalan itu (curang) sudah mula bermain dalam kepala, jangan terus tuduh. Kadang-kadang perubahan tingkah laku memang ada sebab lain.
Tetapi kalau beberapa perkara pelik berlaku serentak, mungkin sudah tiba masa untuk perhatikan apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Jadi, bagaimana nak bezakan antara pasangan yang memang sibuk dengan pasangan yang pandai menyembunyikan sesuatu?
Ini 5 cara yang boleh membantu anda melihat tanda-tandanya (curang) dengan lebih jelas.

1. Perhatikan perubahan rutin yang tiba-tiba
Dulu balik kerja ikut waktu biasa. Sekarang ada sahaja “meeting”, “kerja last minute” atau tiba-tiba kerap keluar tanpa penjelasan yang jelas. Satu perubahan mungkin tak bermakna apa-apa. Tetapi kalau rutin berubah secara mendadak dan berulang kali, cuba perhatikan coraknya.
Contohnya, pasangan mula:
- Kerap balik lewat tanpa penjelasan konsisten
- Tiba-tiba ada banyak aktiviti yang anda tidak pernah dengar sebelum ini
- Susah dihubungi pada waktu tertentu
- Memberi alasan yang berubah-ubah apabila ditanya
Bukan bermaksud setiap pasangan yang balik lewat itu curang. Tetapi corak yang berulang lebih wajar diperhatikan…

2. Cuba tanya soalan yang sama pada waktu berbeza
Ini bukan bermaksud anda perlu menjadi detektif CSI versi relationship. Tetapi apabila cerita yang diberikan pasangan terasa tidak konsisten, cuba perhatikan sama ada penjelasannya kekal sama atau berubah-ubah.
Contohnya, semalam katanya makan dengan rakan pejabat. Beberapa hari kemudian, cerita itu berubah menjadi “meeting with client”.
Cerita yang konsisten biasanya tidak memerlukan terlalu banyak versi. Anda juga boleh bertanya dengan tenang:
“Boleh cerita balik apa yang berlaku hari tu? Saya rasa macam saya tak berapa faham.”
Lihat cara dia menjawab. Adakah dia tenang dan terbuka, atau terus defensif walaupun anda bertanya dengan baik?

3. Jangan cari “bukti” sampai abaikan gerak hati sendiri
Jika anda sudah beberapa kali cuba berkomunikasi tetapi pasangan mengelak, memutarbelitkan cerita atau membuat anda rasa bersalah kerana bertanya, itu sendiri adalah isu yang perlu dibincangkan. Anda tidak semestinya memerlukan screenshot, lokasi GPS atau “kantoi” depan mata untuk mengakui bahawa kepercayaan dalam hubungan sedang bermasalah.
Cuba duduk dan berbincang secara terus:
“Saya bukan nak tuduh awak curang. Tapi saya perasan beberapa perubahan dan saya rasa tak tenang. Saya perlukan kejujuran daripada awak.”
Kadang-kadang jawapan paling penting bukan siapa orang ketiga itu. Tetapi sama ada pasangan masih mahu menjaga kepercayaan yang anda bina bersama.

4.Dia mula jaga penampilan secara luar biasa
Tiba-tiba perfume baru, pakaian lebih bergaya dan rambut sentiasa on point … walaupun pergi tempat yang sama sahaja.

5. Perhatikan perubahan dalam kewangan
Perbelanjaan yang tiba-tiba berubah atau ada transaksi yang sukar dijelaskan boleh menjadi sesuatu yang wajar dibincangkan… terutama jika kewangan memang dikongsi.
