Pernah tak rasa hubungan yang dulu penuh bunga-bunga cinta, kini makin lama jadi hambar? Ini petanda anda perlu kembalikan Spark dalam hubungan.
Hubungan itu ibarat api; kalau tak dijaga, lama-lama ia boleh malap.
Itu perkara normal apabila dua insan semakin selesa dengan rutin harian seperti berkerja, menjalani tanggungjawab dan masa yang terhad sering buat kita terlupa untuk menjaga keintiman dengan pasangan.
Tapi jangan risau, spark itu boleh dibangkitkan semula! Jom semak 5 cara mudah dan praktikal untuk kembalikan semula kehangatan…
1. Luangkan masa berkualiti
Letakkan telefon ke tepi dan beri tumpuan penuh pada pasangan, walaupun hanya 30 minit sehari. Masa berkualiti lebih berharga daripada masa yang panjang tapi tanpa perhatian.
2. Kembali ke aktiviti awal bercinta
Cuba ulang semula aktiviti yang pernah buat kalian jatuh cinta dulu seperti makan di restoran pertama, menonton filem kegemaran, atau berjalan di tempat kenangan.
3. Pergi short getaway atau ‘Short Honeymoon’
Tukar suasana seketika, jauh dari rutin harian. Percutian ringkas atau staycation boleh jadi ‘reset button’ untuk hubungan.
4. Cuba aktiviti baru bersama
Masak resipi baru, sertai kelas menari, atau cuba sukan ekstrem. Pengalaman baru bersama mencipta memori segar.
5. Goda si dia…
Penampilan, kesihatan dan keyakinan diri juga mempengaruhi hubungan. Bila kita sayang diri sendiri, pasangan lebih mudah tertarik semula.
Extra….
Hantar mesej manja, nakal atau menggoda bila berjauhan. Biar dia berdebar tunggu nak jumpa nanti. Dan cuba gaya baru, lokasi baru (selamat & selesa), atau props romantis seperti lilin, muzik sensual, minyak aromaterapi. Jangan takut explore apa yang buat pasangan rasa dihargai. Selamat mencuba!