Ulser mulut juga dikenali sebagai mata ikan adalah keadaan biasa yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu aktiviti harian.
Walaupun ulser mulut biasanya tidak berbahaya, namun kesakitan yang ditimbulkannya boleh menyukarkan aktiviti makan dan bercakap. Pelbagai faktor seperti tekanan, kekurangan nutrisi, dan trauma pada mulut boleh menyebabkan ulser muncul.
Untuk merawat dan mencegah ulser mulut, perhatian khusus diperlukan kepada kebersihan mulut dan gaya hidup. Jom semak 5 cara berkesan untuk membuang ulser mulut dan menghalangnya daripada kembali.
1. Menjaga Kebersihan Mulut Sangat Penting.
Ulser mulut terjadi apabila bakteri atau kuman berkembang biak di kawasan mulut yang kurang bersih.
Berus gigi anda dengan kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari dan gunakan flos gigi untuk membersihkan celah-celah gigi anda. Elakkan juga menggunakan berus gigi dengan bulu yang terlalu keras, kerana ini boleh merosakkan gusi dan mencetuskan penampilan ulser.
2. Makanan Pedas
Perhatikan corak makanan anda dan elakkan makanan pedas atau masam yang boleh mencetuskan kerengsaan ulser di dalam mulut. Buah-buahan berasid, makanan pedas, dan minuman ber-gas boleh merangsang ulser atau memburukkan lagi.
Sebaliknya, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C, vitamin B dan zat besi kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan ulser.
3. Sapukan Bahan Semulajadi Seperti Madu Atau Aloe Vera Pada Ulser.
Madu diketahui mempunyai ciri antibakteria dan anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan melegakan keradangan di sekitar ulser.
Manakala aloe vera pula mengandungi gel yang mempunyai kesan menenangkan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Sapukan terus pada ulser dan biarkan seketika sebelum berkumur.
4. Larutan Garam.
Garam mempunyai sifat antiseptik dan boleh membantu membersihkan ulser dan mencegah jangkitan.
Campurkan satu sudu teh garam dalam segelas air suam, kemudian gunakan larutan ini untuk berkumur beberapa kali sehari. Ini boleh membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
5. Kesihatan Tubuh Secara Keseluruhan.
Kurang tidur, tekanan berlebihan dan diet yang tidak sihat boleh menjejaskan sistem imun, menjadikan badan lebih mudah terdedah kepada jangkitan, termasuk ulser mulut.
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, menguruskan tekanan dengan baik dan mengambil makanan yang sihat untuk mengekalkan keseimbangan badan.
Dengan mengaplikasikan lima kaedah semula jadi ini, anda dapat merawat ulser mulut dengan lebih berkesan tanpa perlu bergantung kepada ubat kimia. Sentiasa ingat bahawa jika ulser berlarutan atau semakin teruk, sebaiknya berjumpa doktor atau pakar kesihatan untuk rawatan yang sewajarnya.