Air adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita. Lagi pula musim sejuk/hujan sudah tiba, badan anda secara tidak langsung akan cepat dehidrasi. Mari ikut 5 cara mudah untuk kekal hidrat.
Cara mudah untuk kekal hidrat ini mungkin membantu anda dalam usaha untuk kekal segar sepanjang masa. Menurut pakar pemakanan berpangkalan di Los Angeles, Kimberly Snyder, stamina badan setiap manusia bergantung kepada tahap penghidratan yang diamalkannya. Apabila badan mencapai tahap kepuasan hidrasi, organ akan berfungsi mengimbang kesemua hormon secara semula jadi.
“Apabila anda hidrasi dengan baik, sendi anda akan pam dengan tekanan yang normal. Kulit anda akan kelihatan munggil dan folikel anak rambut akan tumbuh dengan sihat. Jika sebaliknya, (anda dehidrasi), kulit rambut akan cepat rapuh dan detoks dalam badan terhenti dengan sendirinya. Ia tidak baik ya, kerana jika dibiarkan lama, kemungkinan badan anda akan berhenti menghasilkan kolagen sendiri dan badan akan cepat terasa tua dan kurang bertenaga.
Antara kesan dehidrasi yang lain, fungsi otak akan bertindak lemah, penghadaman dalam badan kurang mendapat oksigen dan pelbagai masalah dalam badan. Jadi untuk kekal stamina dan muda, change your lifestyle! Minum banyak air, serta ubah diet anda kerana ia boleh membantu anda untuk menjadi lebih sihat dari hari ke hari.