3. Makan Makanan Kaya Air
Mengambil makanan kaya air seperti sup atau buah-buahan dengan kerap akan menggalakkan penurunan berat badan yang sihat kerana ia mempunyai kandungan kalori yang rendah. Banyak kajian mendapati bahawa mereka yang mengambil menu sup sebelum hidangan utama akan kehilangan kalori badan dan membantu mengekalkan kelembapan dalaman. Antara menu makanan kaya air ialah timun, ia tinggi dengan air bercas enzim, vitamin B, nutrien, elektrolit dan silika. Satu lagi ialah saderi, ia penuh dengan vitamin, mineral, dan serat untuk memastikan badan segar dan kulit berseri.