Hampir semua orang dewasa berdengkur sekali-sekala, namun ia tidak normal jika anda mengalami masalah dengkur yang berlarutan atau bunyi yang kuat dan pelik.
Mengikut kajian kesihatan Malaysia, manusia berumur dari 30 hingga 60 tahun terbahagi kepada 44 peratus lelaki dan 28 peratus wanita kerap mengalami masalah berdengkur. Berdengkur ialah bunyi yang terhasil daripada udara saluran pernafasan yang tersumbat. Apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan anda bersentuhan antara satu sama lain dan bergetar, ia akan menghasilkan dengkur yang kuat dan tidak sihat.
Jika anda atau pasangan berdengkur secara kerap atau sekali-sekala, anda mesti tertanya-tanya bagaimana ingin hentikan bunyi dengkur ini? Nah, kamu tidak keseorangan, EH! senaraikan lima cara selesaikan masalah dengkur: