1. Tidur Mengiring
Kebarangkalian sebab anda berdengkur adalah bergantung kepada posisi tidur anda. Kecenderungan berdengkur mungkin disebabkan oleh kedudukan tidur telentang, meniarap atau lipat kaki ke dada. Elakkan posisi ‘maut’ ini kerana ia membawa banyak masalah kesihatan, sebaliknya amalkan posisi tidur mengiring atau dipanggil posisi sisi. Jika anda menghadapi masalah untuk melatih diri dari tabiat kedudukan tidur, letakkan bantal di belakang badan untuk memberikan sokongan tulang belakang. Cara ini memastikan badan dan kepala anda berada dalam posisi sisi yang betul dan selesa.