2. Senaman Mulut
Secara klinikal, senaman mulut dapat menghentikan masalah dengkur dan ia dikenali sebagai senaman oropharyngeal, berkesan untuk mengurangkan dengkuran yang kuat. Senaman mulut ini memerlukan anda berulang kali menggerakkan otot lidah ke lelangit lembut secara perlahan untuk merenggangkan bahagian dagu. Lakukan selama tiga bulan, senaman mulut ini mengurangan 59 peratus masalah dengkur.